![]() |
Panel Kedua
Nama Mas Syahirah binti Mohamad Akhir
No Matrik D20111047538
Asal Bukit Mertajam
Sekolah LM SMK Dato' Onn, Jalan Gangsa, 13000 Butterworth, Pulau Pinang
|
Wednesday, 8 April 2015
MAKLUMAT PANEL
PENGLIBATAN
Semasa Di UPSI
![]() |
UPSI |
- Sekretariat Mega Hari Terbuka Kolej Za'ba 2014
- Ahli Jawatankuasa Program Semaian Kasih Semurni Ikatan
- Ahli Jawatankuasa Karival Hari Sukan Perbayu
- Ahli Jawatankuasa Program Karnival Islam
- Ahli Jawatankuasa Program Za'ba Let's Get Challenge
- Ahli Jawatankuasa Pementasan Drama Renjong dan Pasir-Pasir Di Pasir Salak
- Ahli Jawatankuasa Program Sehari Bersama Baitul Mahabbah
- Ahli Jawatankuasa Fotografi Pelancaran Bulan Bahasa 2014
- Pencatat Masa dan Pengskoran Markah Perlawanan Bola Jaring
- Ahli Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan Aidilfitri 2014
- Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Program Jaya Waris Sarjana Ukhwah Tingkatan 5
- Ahli Jawatankuasa Kebersihan Hari Kokurikulum dan Selera Ria
- Ahli Jawatankuasa Aktiviti Hari Keluarga 2014
- Ahli Urusetia Program Esplanade Green
- Guru Pengiring Program Minggu Alam Sekitar Di Darul Aman Park, Jitra
- Ahli Jawatankuasa Urusetia Program Rukun Negara oleh Jabatan Penerangan
- Program Keceriaan Sekolah (Melukis Mural)
MAKLUMAT SEKOLAH
LOKASI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth (SMKDOB) merupakan tempat saya menjalani latihan mengajar selama 14 minggu bermula 14 Julai 2014 hingga 07 November 2014. SMKDOB terletak di Bagan Ajam, iaitu lebih kurang 8km di utara Butterworth, bersebelahan dengan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB). Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan laut membolehkan kita dapat melihat pelbagai pandangan menarik dari bahagian pulau. Berikut merupakan lokasi SMKDOB yang diperoleh melalui Google Maps.
![]() |
Lokasi Sekolah |
Sekolah ini diasaskan pada tahun 1959 dengan dua buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Prai Utara (SPU). Dua buah kelas ini ditempatkan sementara di Sekolah Menengah St. Marks Buttterworth sehingga tahun 1964. Pada mulanya, terdapat 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan serta dibimbing oleh enam orang guru. Tanggal 25 Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya terlakar sebagai kenangan kerana Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Dato’ Onn Butterworth bersempena dengan nama tokoh perjuangan tanah air iaitu Dato’ Onn bin Jaafar. Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Ilmu Pancaran Hidup’ merupakan moto SMKDOB sekali gus diguna pakai sebagai lagu tema sekolah. Selain itu, logo sekolah yang dipaparkan di bawah telah dicipta oleh Encik Omar bin Bakar.
PENGALAMAN HARI PERTAMA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SMKDOB |
Tanggal 14 Julai 2014 merupakan hari pertama saya dan rakan-rakan memulakan semester 7 dan menjalani latihan mengajar di sekolah masing-masing. Perasaan suka, teruja, gementar dan takut menguasai diri kerana ini merupakan kali pertama melangkah kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth sebagai guru pelatih. Perasaan yang sama juga dikongsi bersama-sama dengan empat lagi guru pelatih yang berlainan bidang.
Memandangkan hari ini merupakan hari Isnin, Guru Kanan Pentadbiran (GKP), meminta kami menghadiri perhimpunan yang diadakan. Setelah itu, GKP memperkenalkan kami kepada guru pembimbing bahasa Melayu kami iaitu Pn. Norma binti Abdul Wahab. Pn. Norma memperkenalkan kami kepada Ketua Panitia (KP) Bahasa Melayu, Pn. Shahiran bt Md. Noor. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada guru-guru lain seperti Pn. Amnah, Pn. Jamaliah, Pn. Maizatul Izwani, Cik Mashitah dan ramai lagi. Setelah perbincangan dilakukan, saya telah diberikan tugas untuk mengajar di Tingkatan 1 Zeta dan 4 Sigma bersamaan 12 jam waktu bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Guru pembimbing saya, Pn. Norma memberikan gambaran, panduan, tunjuk ajar dan serba sedikit tentang latar belakang pencapaian bagi kedua-dua kelas terbabit. Hal ini demikian kerana, setelah tamat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menggantikan tempat Pn. Norma secara sepenuhnya. Hasil daripada cadangan KP, saya dibenarkan untuk masuk ke kelas bersama Pn. Norma bagi mengetahui keadaan sebenar kedua-dua kelas terbabit.
Pada waktu ke-6 (11.20-12.00 tgh hari), saya memulakan langkah pertama dengan memasuki 4 Sigma. Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar meneruskan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas. Pelbagai gaya dan telatah yang dapat dilihat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa para pelajar 4 Sigma telah membuat persediaan terhadap ujian yang akan dilakukan. Sesi soal jawab juga dilakukan bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
Setelah itu, pada waktu ke-7 dan ke-8 (12.00-1.20 ptg), saya bersama Pn. Norma melangkah kaki memasuki 1 Zeta. Para pelajar 1 Zeta meneruskan pembentangan komponen sajak yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung. Antara sajak yang sempat dibentangkan ialah Jangan dan Asap. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang mampu mendeklamasikan sajak dengan baik sekali. Pn. Norma juga menyertakan beberapa soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam klas terbabit. Namun begitu, suasana kelas yang agak bising memerlukan tahap pengendalian yang lebih teratur.
Pada pukul 2.40 petang, kami diminta untuk menghadiri mensyuarat berkenaan sistem pengekodan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara offline di bilik mesyuarat Cempaka. Taklimat ringkas itu dikendalikan oleh Cik Noor Asyikn bt Mohd Sabri. Taklimat ini menerangkan berkenaan langkah-langkah kemasukan markah pelajar secara atas talian. Tepat jam 3.30 petang, taklimat terbabit selesai.Memandangkan hari ini merupakan hari Isnin, Guru Kanan Pentadbiran (GKP), meminta kami menghadiri perhimpunan yang diadakan. Setelah itu, GKP memperkenalkan kami kepada guru pembimbing bahasa Melayu kami iaitu Pn. Norma binti Abdul Wahab. Pn. Norma memperkenalkan kami kepada Ketua Panitia (KP) Bahasa Melayu, Pn. Shahiran bt Md. Noor. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada guru-guru lain seperti Pn. Amnah, Pn. Jamaliah, Pn. Maizatul Izwani, Cik Mashitah dan ramai lagi. Setelah perbincangan dilakukan, saya telah diberikan tugas untuk mengajar di Tingkatan 1 Zeta dan 4 Sigma bersamaan 12 jam waktu bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Guru pembimbing saya, Pn. Norma memberikan gambaran, panduan, tunjuk ajar dan serba sedikit tentang latar belakang pencapaian bagi kedua-dua kelas terbabit. Hal ini demikian kerana, setelah tamat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menggantikan tempat Pn. Norma secara sepenuhnya. Hasil daripada cadangan KP, saya dibenarkan untuk masuk ke kelas bersama Pn. Norma bagi mengetahui keadaan sebenar kedua-dua kelas terbabit.
Pada waktu ke-6 (11.20-12.00 tgh hari), saya memulakan langkah pertama dengan memasuki 4 Sigma. Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar meneruskan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas. Pelbagai gaya dan telatah yang dapat dilihat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa para pelajar 4 Sigma telah membuat persediaan terhadap ujian yang akan dilakukan. Sesi soal jawab juga dilakukan bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
Setelah itu, pada waktu ke-7 dan ke-8 (12.00-1.20 ptg), saya bersama Pn. Norma melangkah kaki memasuki 1 Zeta. Para pelajar 1 Zeta meneruskan pembentangan komponen sajak yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung. Antara sajak yang sempat dibentangkan ialah Jangan dan Asap. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang mampu mendeklamasikan sajak dengan baik sekali. Pn. Norma juga menyertakan beberapa soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam klas terbabit. Namun begitu, suasana kelas yang agak bising memerlukan tahap pengendalian yang lebih teratur.
Subscribe to:
Posts (Atom)