PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


widget

Wednesday, 8 April 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

  • Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila mencaro idea baharu dan mencari alternatif.
  • Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar daripada pemerhatian.

Kemahiran ini digunakan apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat kesimpulan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
  • Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membaut hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.



  • Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan.

  • Membuat hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menguhubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

  • Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat kesimpulan, dan menghasilkan bentuk komunikasi.

  • Mengitlak
Membuat pernyatan umum terhadap keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

Kemahiran ini digunakan untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal.

  • Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.

Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkanya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.


  • Membuat gambaran mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikir.

Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep yang mujarad dan mengingat konsep yang kompleks.

  • Mereka cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad


Kemahiran-kemahiran lain:

  • Kemahiran membuat keputusan
  • Kemahiran menyelesaikan masalah

No comments:

Post a Comment