SMKDOB |
Tanggal 14 Julai 2014 merupakan hari pertama saya dan rakan-rakan memulakan semester 7 dan menjalani latihan mengajar di sekolah masing-masing. Perasaan suka, teruja, gementar dan takut menguasai diri kerana ini merupakan kali pertama melangkah kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth sebagai guru pelatih. Perasaan yang sama juga dikongsi bersama-sama dengan empat lagi guru pelatih yang berlainan bidang.
Memandangkan hari ini merupakan hari Isnin, Guru Kanan Pentadbiran (GKP), meminta kami menghadiri perhimpunan yang diadakan. Setelah itu, GKP memperkenalkan kami kepada guru pembimbing bahasa Melayu kami iaitu Pn. Norma binti Abdul Wahab. Pn. Norma memperkenalkan kami kepada Ketua Panitia (KP) Bahasa Melayu, Pn. Shahiran bt Md. Noor. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada guru-guru lain seperti Pn. Amnah, Pn. Jamaliah, Pn. Maizatul Izwani, Cik Mashitah dan ramai lagi. Setelah perbincangan dilakukan, saya telah diberikan tugas untuk mengajar di Tingkatan 1 Zeta dan 4 Sigma bersamaan 12 jam waktu bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Guru pembimbing saya, Pn. Norma memberikan gambaran, panduan, tunjuk ajar dan serba sedikit tentang latar belakang pencapaian bagi kedua-dua kelas terbabit. Hal ini demikian kerana, setelah tamat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menggantikan tempat Pn. Norma secara sepenuhnya. Hasil daripada cadangan KP, saya dibenarkan untuk masuk ke kelas bersama Pn. Norma bagi mengetahui keadaan sebenar kedua-dua kelas terbabit.
Pada waktu ke-6 (11.20-12.00 tgh hari), saya memulakan langkah pertama dengan memasuki 4 Sigma. Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar meneruskan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas. Pelbagai gaya dan telatah yang dapat dilihat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa para pelajar 4 Sigma telah membuat persediaan terhadap ujian yang akan dilakukan. Sesi soal jawab juga dilakukan bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
Setelah itu, pada waktu ke-7 dan ke-8 (12.00-1.20 ptg), saya bersama Pn. Norma melangkah kaki memasuki 1 Zeta. Para pelajar 1 Zeta meneruskan pembentangan komponen sajak yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung. Antara sajak yang sempat dibentangkan ialah Jangan dan Asap. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang mampu mendeklamasikan sajak dengan baik sekali. Pn. Norma juga menyertakan beberapa soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam klas terbabit. Namun begitu, suasana kelas yang agak bising memerlukan tahap pengendalian yang lebih teratur.
Pada pukul 2.40 petang, kami diminta untuk menghadiri mensyuarat berkenaan sistem pengekodan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara offline di bilik mesyuarat Cempaka. Taklimat ringkas itu dikendalikan oleh Cik Noor Asyikn bt Mohd Sabri. Taklimat ini menerangkan berkenaan langkah-langkah kemasukan markah pelajar secara atas talian. Tepat jam 3.30 petang, taklimat terbabit selesai.Memandangkan hari ini merupakan hari Isnin, Guru Kanan Pentadbiran (GKP), meminta kami menghadiri perhimpunan yang diadakan. Setelah itu, GKP memperkenalkan kami kepada guru pembimbing bahasa Melayu kami iaitu Pn. Norma binti Abdul Wahab. Pn. Norma memperkenalkan kami kepada Ketua Panitia (KP) Bahasa Melayu, Pn. Shahiran bt Md. Noor. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada guru-guru lain seperti Pn. Amnah, Pn. Jamaliah, Pn. Maizatul Izwani, Cik Mashitah dan ramai lagi. Setelah perbincangan dilakukan, saya telah diberikan tugas untuk mengajar di Tingkatan 1 Zeta dan 4 Sigma bersamaan 12 jam waktu bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Guru pembimbing saya, Pn. Norma memberikan gambaran, panduan, tunjuk ajar dan serba sedikit tentang latar belakang pencapaian bagi kedua-dua kelas terbabit. Hal ini demikian kerana, setelah tamat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menggantikan tempat Pn. Norma secara sepenuhnya. Hasil daripada cadangan KP, saya dibenarkan untuk masuk ke kelas bersama Pn. Norma bagi mengetahui keadaan sebenar kedua-dua kelas terbabit.
Pada waktu ke-6 (11.20-12.00 tgh hari), saya memulakan langkah pertama dengan memasuki 4 Sigma. Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar meneruskan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas. Pelbagai gaya dan telatah yang dapat dilihat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa para pelajar 4 Sigma telah membuat persediaan terhadap ujian yang akan dilakukan. Sesi soal jawab juga dilakukan bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
Setelah itu, pada waktu ke-7 dan ke-8 (12.00-1.20 ptg), saya bersama Pn. Norma melangkah kaki memasuki 1 Zeta. Para pelajar 1 Zeta meneruskan pembentangan komponen sajak yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung. Antara sajak yang sempat dibentangkan ialah Jangan dan Asap. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang mampu mendeklamasikan sajak dengan baik sekali. Pn. Norma juga menyertakan beberapa soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam klas terbabit. Namun begitu, suasana kelas yang agak bising memerlukan tahap pengendalian yang lebih teratur.
No comments:
Post a Comment