PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


widget

Wednesday, 8 April 2015

LOKASI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth (SMKDOB) merupakan tempat saya menjalani latihan mengajar selama 14 minggu bermula 14 Julai 2014 hingga 07 November 2014. SMKDOB terletak di Bagan Ajam, iaitu lebih kurang 8km di utara Butterworth, bersebelahan dengan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB). Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan laut membolehkan kita dapat melihat pelbagai pandangan menarik dari bahagian pulau. Berikut merupakan lokasi SMKDOB yang diperoleh melalui Google Maps.
Lokasi Sekolah

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1959 dengan dua buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Prai Utara (SPU). Dua buah kelas ini ditempatkan sementara di Sekolah Menengah St. Marks Buttterworth sehingga tahun 1964. Pada mulanya, terdapat 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan serta dibimbing oleh enam orang guru.        Tanggal 25 Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya terlakar sebagai kenangan kerana Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Dato’ Onn Butterworth bersempena dengan nama tokoh perjuangan tanah air iaitu Dato’ Onn bin Jaafar. Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Ilmu Pancaran Hidup’ merupakan moto SMKDOB sekali gus diguna pakai sebagai lagu tema sekolah. Selain itu, logo sekolah yang dipaparkan di bawah telah dicipta oleh Encik Omar bin Bakar.





No comments:

Post a Comment