Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi serta metakognisi terhadap proses yang dialami.
TUJUAN
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
- Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
- Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
- Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
- Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
- Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
- Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberikan pandangan
KESILAPAN DALAM BERFIKIR
- Berfikir secara terburu-buru
- Fikiran yang sempit
- Fikiran yang kabur
- Fikiran yang bercelaru
bagus...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian....sangat memnbantu =)
ReplyDelete