Otak ialah antara organ terpenting yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan juga kehidupan yang lain. Otak terletak di kawasan yang paling tinggi dalam tubuh manusia, iaitu kepala. Organ otak dilindungi dengan tengkorak yang keras dan bersifat melindung. Terdapat dua fungsi otak iaitu pertama berfungsi secara fizikal untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain pada tubuh. Sebagai contoh, apabila berlaku kerosakan pada organ otak akibat kemalangan atau terhantuk, maka fungsi otak untuk melaksanakan fungsi tubuh terganggu. Selain itu, otak berfungsi bagi menjana minda. Menjana minda berlaku apabila kita memikirkan secara kritis dan kreatif. Fungsi ini menunjukkan otak yang memberi sesuatu daya dalam menilai.
Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Otak kanan
Merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan hubungan sosial. Daya ingatan otak kanan bersifat jangka panjang (long term memory).
b. Otak kiri
Berfungsi dalam hal mengingat ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa dan memahami logik. Daya ingatan bersifat jangka pendek (short term memory).
Otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu manakala minda merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan.
Hemisfera otak kiri merujuk kepada pemikiran kritis manakala hemisfera otak kanan merupakan pemikiran kreatif. Kedua-dua perlu digunakan perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

![]() |
Bahagian Otak |

No comments:
Post a Comment