PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


widget

Wednesday, 8 April 2015

MAKLUMAT PANEL

Panel Kedua


Nama           Mas Syahirah binti Mohamad Akhir
No Matrik      D20111047538
Asal              Bukit Mertajam
Sekolah LM    SMK Dato' Onn, Jalan Gangsa, 13000 Butterworth, Pulau Pinang



PENGLIBATAN

Semasa Di UPSI


UPSI
  • Sekretariat Mega Hari Terbuka Kolej Za'ba 2014
  • Ahli Jawatankuasa Program Semaian Kasih Semurni Ikatan
  • Ahli Jawatankuasa Karival Hari Sukan Perbayu
  • Ahli Jawatankuasa Program Karnival Islam
  • Ahli Jawatankuasa Program Za'ba Let's Get Challenge
  • Ahli Jawatankuasa Pementasan Drama Renjong dan Pasir-Pasir Di Pasir Salak
  • Ahli Jawatankuasa Program Sehari Bersama Baitul Mahabbah

Semasa Latihan Mengajar


SMKDOB
  • Ahli Jawatankuasa Fotografi Pelancaran Bulan Bahasa 2014
  • Pencatat Masa dan Pengskoran Markah Perlawanan Bola Jaring
  • Ahli Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan Aidilfitri 2014
  • Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Program Jaya Waris Sarjana Ukhwah Tingkatan 5
  • Ahli Jawatankuasa Kebersihan Hari Kokurikulum dan Selera Ria
  • Ahli Jawatankuasa Aktiviti Hari Keluarga 2014
  • Ahli Urusetia Program Esplanade Green
  • Guru Pengiring Program Minggu Alam Sekitar Di Darul Aman Park, Jitra
  • Ahli Jawatankuasa Urusetia Program Rukun Negara oleh Jabatan Penerangan
  • Program Keceriaan Sekolah (Melukis Mural) 

MAKLUMAT SEKOLAH

Logo Sekolah

Nama Sekolah          SMK Dato' Onn Butterworth
Pengetua                 Puan Hajah Zaiton binti Mohd Noor
GPK1                       Tuan Haji Amiruddin bin Mohd Bakeri
GPK HEM                 Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Halim
GPK KO                   Puan Hajah Zaliza binti Ahmad
No Tel/Faks             +6043331350/+6043310350
Bil Pelajar                984 orang
Bil Guru                   110 orang


    LOKASI SEKOLAH

    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth (SMKDOB) merupakan tempat saya menjalani latihan mengajar selama 14 minggu bermula 14 Julai 2014 hingga 07 November 2014. SMKDOB terletak di Bagan Ajam, iaitu lebih kurang 8km di utara Butterworth, bersebelahan dengan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB). Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan laut membolehkan kita dapat melihat pelbagai pandangan menarik dari bahagian pulau. Berikut merupakan lokasi SMKDOB yang diperoleh melalui Google Maps.
    Lokasi Sekolah

    Sekolah ini diasaskan pada tahun 1959 dengan dua buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Prai Utara (SPU). Dua buah kelas ini ditempatkan sementara di Sekolah Menengah St. Marks Buttterworth sehingga tahun 1964. Pada mulanya, terdapat 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan serta dibimbing oleh enam orang guru.        Tanggal 25 Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya terlakar sebagai kenangan kerana Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Dato’ Onn Butterworth bersempena dengan nama tokoh perjuangan tanah air iaitu Dato’ Onn bin Jaafar. Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Ilmu Pancaran Hidup’ merupakan moto SMKDOB sekali gus diguna pakai sebagai lagu tema sekolah. Selain itu, logo sekolah yang dipaparkan di bawah telah dicipta oleh Encik Omar bin Bakar.





    PENGALAMAN HARI PERTAMA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

    SMKDOB
    Tanggal 14 Julai 2014 merupakan hari pertama saya dan rakan-rakan memulakan semester 7 dan menjalani latihan mengajar di sekolah masing-masing. Perasaan suka, teruja, gementar dan takut menguasai diri kerana ini merupakan kali pertama melangkah kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth sebagai guru pelatih. Perasaan yang sama juga dikongsi bersama-sama dengan empat lagi guru pelatih yang berlainan bidang.
         Memandangkan hari ini merupakan hari Isnin, Guru Kanan Pentadbiran (GKP), meminta kami menghadiri perhimpunan yang diadakan. Setelah itu, GKP memperkenalkan kami kepada guru pembimbing bahasa Melayu kami iaitu Pn. Norma binti Abdul Wahab. Pn. Norma memperkenalkan kami kepada Ketua Panitia (KP) Bahasa Melayu, Pn. Shahiran bt Md. Noor. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada guru-guru lain seperti Pn. Amnah, Pn. Jamaliah, Pn. Maizatul Izwani, Cik Mashitah dan ramai lagi. Setelah perbincangan dilakukan, saya telah diberikan tugas untuk mengajar di Tingkatan 1 Zeta dan 4 Sigma bersamaan 12 jam waktu bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
          Guru pembimbing saya, Pn. Norma memberikan gambaran, panduan, tunjuk ajar dan serba sedikit tentang latar belakang pencapaian bagi kedua-dua kelas terbabit. Hal ini demikian kerana, setelah tamat cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menggantikan tempat Pn. Norma secara sepenuhnya. Hasil daripada cadangan KP, saya dibenarkan untuk masuk ke kelas bersama Pn. Norma bagi mengetahui keadaan sebenar kedua-dua kelas terbabit.
          Pada waktu ke-6 (11.20-12.00 tgh hari), saya memulakan langkah pertama dengan memasuki 4 Sigma. Aktiviti yang dijalankan ialah pelajar meneruskan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas. Pelbagai gaya dan telatah yang dapat dilihat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa para pelajar 4 Sigma telah membuat persediaan terhadap ujian yang akan dilakukan. Sesi soal jawab juga dilakukan bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
          Setelah itu, pada waktu ke-7 dan ke-8 (12.00-1.20 ptg), saya bersama Pn. Norma melangkah kaki memasuki 1 Zeta. Para pelajar 1 Zeta meneruskan pembentangan komponen sajak yang terdapat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung. Antara sajak yang sempat dibentangkan ialah Jangan dan Asap. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang mampu mendeklamasikan sajak dengan baik sekali. Pn. Norma juga menyertakan beberapa soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam klas terbabit. Namun begitu, suasana kelas yang agak bising memerlukan tahap pengendalian yang lebih teratur.
          Pada pukul 2.40 petang, kami diminta untuk menghadiri mensyuarat berkenaan sistem pengekodan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara offline di bilik mesyuarat Cempaka. Taklimat ringkas itu dikendalikan oleh Cik Noor Asyikn bt Mohd Sabri. Taklimat ini menerangkan berkenaan langkah-langkah kemasukan markah pelajar secara atas talian. Tepat jam 3.30 petang, taklimat terbabit selesai.

    MEMORI LATIHAN MENGAJAR


    Sepintas Lalu :)























    SEMINAR PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif



    KEMAHIRAN BERFIKIR

    Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi serta metakognisi terhadap proses yang dialami.


    TUJUAN  

    Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
    • Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
    • Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
    • Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
    • Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
    • Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
    • Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberikan pandangan
    KESILAPAN DALAM BERFIKIR
    • Berfikir secara terburu-buru
    • Fikiran yang sempit
    • Fikiran yang kabur
    • Fikiran yang bercelaru

    JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR

    Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir

    • Analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emosi dan sebagainya.
    Secara amnya, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua domain utama
    • Kemahiran secara kritis
    • Kemahiran secara kreatif

    KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

    Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat perbandingan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

    Contoh kemahiran berfikir secara kritis:

    • Mencirikan
    Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

    Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item; mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

    • Membanding atau membezakan
    Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, kualiti, sifat dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. 

    Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan; membuat pilihan atau keputusan.

    • Mengumpul atau mengelaskan
    Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. 

    Kemahiran ini dapat digunakan apabila terdapat banyak maklumat atau maklumat terbabit tidak tersusun.

    • Membuat urutan
    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

    Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan.

    • Menyusun mengikut maklumat
    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

    Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan perkara yang mustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

    • Menganalisis
    Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

    Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

    • Mengesan kecondongan
    Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu.

    Kemahiran ini digunakan apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang.

    • Menilai
    Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sahih.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

    • Membuat kesimpulan
    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.



    Kemahiran Kritis Peringkat Rendah


    • Membanding membeza
    Definisi : Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, idea, berdasarkan aspek-aspek tertentu.

    Tujuan
    a. Mempelajari dua atau lebih perkara serentak
    b. Memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas
    c. Membantu membuat keputusan dengan lebih bijak
    d. Mengklasifikasikan idea
    e. Membuat generalisasi dan membina konsep

    • Membuat kategori
    Definisi : Mengelompokkan maklumat ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri sepunya.

    Tujuan
    a. Mengesan ciri sepunya
    b. Menyusun mengikut ciri
    c. Memudahkan mencari maklumat
    d. Menerangkan sesuatu mengikut kategori
    e. Membuat analisis atau merangka untuk penulisan

    • Menyusun mengikut urutan
    Definisi : Keupayaan mengatur perkara mengikut susunan atau urutan tertentu

    Tujuan
    a. Memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan
    b. Memudahkan cara penyimpanan dan perolehan maklumat

    • Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
    Definisi : Keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan.

    Tujuan
    a. Menentukan fungsi bahagian kecil
    b. Mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan

    • Menerangkan sebab
    Definisi : Menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah

    Tujuan
    a. Mencari pelbagai punca sebab sesuatu perkara berlaku

    b. Memberi sebab sebenar untuk mengesahkan kemungkinan





    Kemahiran Kritis Peringkat Tinggi



    • Membuat ramalan
    Definisi : Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat.

    Tujuan
    a. Membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baharu
    b. Membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti
    c. Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin

    • Mengusul periksa andaian
    Definisi : Menyiasat dan memeriksa sama ada andaian yang telah dibuat benar atau tidak berdasarkan bukti.

    Tujuan
    a. Memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak
    b. Membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diperiksa

    • Membuat inferens
    Definisi: Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti atau pola tertentu.

    Tujuan:
    a. Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, alasan dan bukti yang kukuh
    b. Merumuskan berdasarkan pola maklumat yang tertentu

    • Mengesahkan sumber maklumat
    Definisi : Menentukan sama ada punca sumber maklumat boleh diterima atau dipercayai.

    Tujuan
    a. Menentukan ketepatan maklumat
    b. Meningkatkan kemahiran dalam mengumpulkan maklumat

    • Membuat generalisasi
    Definisi : Membuat kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan konsisten

    Tujuan
    a. Menggunakan sampel yang bersesuaian dengan objektif
    b. Memilih sampel yang dapat mewakili perkara yang ingin dikaji

    • Mencari sebab dan membuat kesimpulan
    Definisi : Menganalisis dan menilai sebab bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat.

    Tujuan 
    a. Membuat keputusan berdasarkan analisis maklumat
    b. Mengemukakan hujah dan cadangan yang lebih baik
    c. Berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru






    KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

    Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

    Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

    • Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
    Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

    Kemahiran ini digunakan apabila mencaro idea baharu dan mencari alternatif.
    • Membuat inferens
    Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar daripada pemerhatian.

    Kemahiran ini digunakan apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat kesimpulan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
    • Menghubungkaitkan
    Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membaut hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.



    • Meramal
    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

    Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan.

    • Membuat hipotesis
    Membuat pernyataan umum yang menguhubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

    Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

    • Mensintesis
    Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

    Kemahiran ini digunakan untuk membuat kesimpulan, dan menghasilkan bentuk komunikasi.

    • Mengitlak
    Membuat pernyatan umum terhadap keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

    Kemahiran ini digunakan untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal.

    • Menganalogi
    Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.

    Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkanya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.


    • Membuat gambaran mental
    Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikir.

    Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep yang mujarad dan mengingat konsep yang kompleks.

    • Mereka cipta
    Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad


    Kemahiran-kemahiran lain:

    • Kemahiran membuat keputusan
    • Kemahiran menyelesaikan masalah

    OTAK

    Otak


    Otak ialah antara organ terpenting yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan juga kehidupan yang lain. Otak terletak di kawasan yang paling tinggi dalam tubuh manusia, iaitu kepala. Organ otak dilindungi dengan tengkorak yang keras dan bersifat melindung. Terdapat dua fungsi otak iaitu pertama berfungsi secara fizikal untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain pada tubuh. Sebagai contoh, apabila berlaku kerosakan pada organ otak akibat kemalangan atau terhantuk, maka fungsi otak untuk melaksanakan fungsi tubuh terganggu. Selain itu, otak berfungsi bagi menjana minda. Menjana minda berlaku apabila kita memikirkan secara kritis dan kreatif.  Fungsi ini menunjukkan otak yang memberi sesuatu daya dalam menilai. 

    Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:



    Bahagian Otak


    a. Otak kanan

    Merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan hubungan sosial. Daya ingatan otak kanan bersifat jangka panjang (long term memory).

    b. Otak kiri

    Berfungsi dalam hal mengingat ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa dan memahami logik. Daya ingatan bersifat jangka pendek (short term memory).


    Otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu manakala minda merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan.



    Hemisfera otak kiri merujuk kepada pemikiran kritis manakala hemisfera otak kanan merupakan pemikiran kreatif. Kedua-dua perlu digunakan perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.